Kenapa Ikon Stories Instagram Terlalu Besar?

Baru-baru ini kemas kini di Instagram yang menyebabkan pengguna Instagram tidak berpuas hati dan merasakan janggal dengan perubahan penampilan ikon Instagram Stories yang sangat besar jika dibandingkan dengan sebelum ini.
Perubahan ini telah menyebabkan pengguna rasa terganggu dan rasa tidak menarik kerana saiz yang terlalu besar dimana hanya muat 3 bulatan sahaja dalam skrin. Pengguna lebih suka dan selesa kerana interface yang sedap mata memandang.
Saiz ikon baru stories ini sebenarnya telah bermula sejak 22 Mei yang lalu untuk pengguna Android manakala untuk pengguna iOS menerima kemaskini pada 30 Mei dimana pengguna mula sedar ikon itu diperbesarkan.
Mungkin juga ada sesetengah pengguna terpilih tidak terjajas dengan kemas kini Instagram.
Instagram milik Meta belum lagi mengulas mengenai perubahan saiz ikon tersebut. Berkemungkinan perubahan itu hanyalah satu kesilapan, atau mungkin mereka sedang menguji reka bentuk baharu.



