Nasional

Permohonan tiga geran utama industri digital telah dibuka

Permohonan baharu bagi tiga geran utama industri digital negara telah dibuka bermula 2 Mei hingga 1 Jun 2023. Tiga geran itu iaitu Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG). Inisiatif oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD)itu telah diselaraskan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, pengagihan geran itu penting agar dapat merealisasikan idea pemain industri kreatif.Disamping itu juga, bagi meningkatkan bakat bakat tempatan dalam penciptaan kandungan digital.

“Ini termasuk manfaat hasil daripada kerjasama di peringkat antarabangsa dan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada tahun 2021, ekonomi digital Malaysia telah mencapai 22.6 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Menjelang 2025, angka tersebut dijangka berkembang melepasi sasaran awal sebanyak 25.5 peratus dimana DCG memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital.

MDXG yang bertujuan menyokong pengembangan syarikat teknologi tempatan untuk mempelopori pasaran antarabangsa. Manakala MDCG menyasarkan pembangunan teknologi dan inovasi yang berdaya saing.

“Ketiga-tiga geran berkenaan merupakan salah satu resolusi masa depan bagi menyediakan ekosistem industri digital negara yang lebih kondusif dan mampan,” kata Fahmi.

MDEC memberi kenyataan iaitu tarikh akhir permohonan tersebut adalah pada 1 Jun.

Permohonan terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan yang dijadualkan pada bulan Jun.

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada bulan Julai dimana tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima.

Untuk maklumat lanjut, pemohon yang berminat boleh melayari laman web https://mdec.my/grants

Related Articles

Back to top button