Berita

Kes masak mee segera di stesen minyak, 4 orang didakwa hari ini

KUALA LUMPUR – Empat daripada 15 individu yang ditahan untuk siasatan berkait kes memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini akan dituduh di mahkamah, hari ini.

@utusantvofficial

13 MEI 24: Video dimuat naik di laman X Local Rakyat 🇲🇾 itu mendapat kecaman hebat netizen dan meminta supaya tindakan tegas dikenakan. 📍 Petron Genting Highlands. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #masakmaggigenting #masakmaggipetron #masakmaggi

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV
SUMBER : UTUSANTVOFFICIAL (TikTok)

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pertuduhan ke atas mereka akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang, pada jam 9 pagi.

Mereka yang akan dituduh terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 24 tahun.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain).

Selebihnya, 11 lagi individu dibebaskan dan dijadikan saksi dalam kes ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada dalam kalangan 15 yang ditahan berkait kes itu anak orang kenamaan atau VIP.

Ini selepas tular di media sosial berkenaan penahanan 15 orang individu berkait kes itu termasuk dua daripadanya yang didakwa sebagai anak kepada Timbalan Menteri.

“Semua 15 yang ditahan bukan anak Timbalan Menteri atau VIP,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, dilaporkan berkata polis menahan 15 individu termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan kes itu.

Mereka ditahan Sabtu lalu ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang untuk dirakam percakapan.

Semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merakam percakapan mereka.

SUMBER : BERITA HARIAN

Related Articles

Back to top button