Berita

Israel meningkatkan pencerobohan darat ke tanah Palestin, resolusi damai masih belum diluluskan

GAZA, PALESTIN – Berikutan peristiwa di Gaza yang saban hari kerap diserang oleh tentera negara haram Israel, mereka sudah mula melakukan serangan darat menggunakan kereta kebal dan memasuki kawasan Semenanjung Gaza.

Selepas hampir tiga minggu diserang dan dibom, lebih 8000 nyawa rakyat Palestin telah terkorban dan lebih banyak angka yang cedera dan terkesan dari serangan Israel.

Meskipun hari sabtu yang lalu terjadinya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNGA) yang mengusulkan resolusi perdamaian kemanusiaan yang dipersetujui oleh 121 negara termasuklah Malaysia, namun resolusi tersebut perlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

Terdapat 44 negara yang berkecuali tidak mengundi dan 14 membantah resolusi damai tersebut.

Walaupun resolusi ini tidak mengikat, namun ia menunjukkan dan memberi kesedaran kepada pelbagai negara lebih-lebih di eropah untuk lebih cakna tentang keadaan sengsara rakyat Palestin yang dibedil oleh tentera negara haram Israel.

Serangan Israel pada kali ini disifatkan yang terburuk dalam sejarah sejak 75 tahun penduduk rejim zionis itu di tanah Palestin.

Persidangan UNGA tersebut juga telah memanggil untuk segera dan tanpa syarat melepaskan orang awam yang ditahan.

Selain itu, mereka telah menyeru negara haram Israel untuk menghapuskan perintah yang memerintahkan penduduk Gaza untuk berpindah ke selatan, dan secara tegas menolak upaya apa pun untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa.

Pada 12 Oktober yang lalu, Israel telah mengarahkan hampir separuh dari penduduk Gaza, iaitu kira-kira 1.1 juta orang, untuk berpindah ke selatan.

Ulasan tambahan berkenaan resolusi damai tersebut, Duta Palestin, Riyad Mansour menyatakan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai perlu dihentikan dan bantuan kemanusiaan perlu masuk ke Semenanjung Gaza.

Di pihak yang lain, Duta negara haram Israel, Gilad Erdan pula berkata PBB kehilangan legitimasi dalam hal undang-undang atau kekal relevan, dengan tuduhan bahawa mereka yang menyokong resolusi itu lebih cenderung memberikan sokongan kepada ‘pengganas Nazi’ daripada kepada Israel.

Dalam persidangan yang sama, usaha yang berlainan dengan menolak dan mengutuk “serangan serta tebusan Hamas” yang diketuai oleh Kanada juga gagal meraih sokongan dua pertiga negara, dengan hanya 88 negara menyokong, 55 membantah dan 23 lagi berkecuali.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberikan amaran bahawa kawasan Gaza di Palestin akan berdepan penderitaan yang tidak pernah lagi berlaku sebelum ini ekoran masih kekurangan banyak dari segi makanan, air bersih dan tenaga elektrik.

“Saya mengulangi gesaan supaya gencatan senjata kemanusiaan, pembebasan tebusan tanpa syarat dan penghantaran bekalan. Penderitaan semakin teruk dari semasa ke semasa.

“Penduduk Gaza bakal berdepan penderitaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sekiranya tanpa perubahan asas,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akhir sekali, mengikut berita terkini yang dilaporkan semalam, Elon Musk akan memberikan bantuan internet menerusi Starlink dalam satu kenyataannya di platform X/Twitter.

SUMBER : BERITA HARIAN 1, BERITA HARIAN 2, MEDIA SOSIAL ELON MUSK

Related Articles

Back to top button