Nasional

Islamofobia di Malaysia Akan Dikendalikan Secara Proaktif – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, bersama meraikan ulama ternama dari Zimbabwe, Dr. Mufti Ismail Menk, Syeikh Muhammad Salah dari Huda TV Amerika Syarikat, dan Syeikh Wael Ibrahim dari The Aware Academy Australia semalam di Putrajaya.

Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Pendidikan, serta tokoh-tokoh ilmuwan agama tempatan juga turut hadir.

Dikesempatan itu, Perdana Menteri mengambil peluang bermuzakarah bersama Mufti dengan menyentuh ittijahat (jalur pemikiran) umat

Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah penyebaran islamofobia yang terjadi di negara-negara lain dimana menjadi bidang kuasa yang spesifik dalam Kementerian Luar Negeri, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menyingkap soal fahaman agama yang melampau, tentunya ini berpangkal pada soal pendidikan dan bagaimana masyarakat kita dididik dan diasuh.

Menurusi catatan di Facebook rasmi Datuk Seri Anwar, “Sering diingatkan bahawa sayugia (sepatutnya) kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. Justeru penting untuk diketengahkan fahaman yang lebih sederhana serta membudayakan Adab al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan”

“Saya terharu dengan rasa senang dan nyaman Mufti Menk dan rombongannya sepanjang keberadaan mereka di Malaysia. Beliau berhasrat untuk kembali dengan lebih kerap ke sini.

“Saya nyatakan bahawa pintu kita sentiasa terbuka dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat dari Allah SWT,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button