Berita

Insiden Tanah Jerlus : Operasi SAR diteruskan sehingga mangsa ditemui

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat atau search and rescue (SAR) akan diteruskan untuk mencari mangsa wanita warga India yang hilang akibat terjatuh dalam tanah jerlus di Masjid India pada 23 Ogos yang lalu.

Ketua Polis Daerah Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata setakat 25 Ogos, tiada tempoh masa ditetapkan bagi operasi SAR mangsa wanita India yang berusia 48 tahun itu.

“Setakat ini, kita belum menetapkan sejauh mana pencarian ini (tempoh masa) tetapi mesyuarat petang tadi memutuskan kita akan meneruskan operasi SAR sehingga mangsa dijumpai,” ujarnya, semalam.

Berhubungan dengan itu, polis sudah berjaya mengesan seorang saksi yang berada di lokasi kejadian tanah jerlus untuk membantu siasatan.

Saksi tersebut adalah individu yang duduk di kerusi batu ketika kejadian itu berlaku dan polis juga sudah merakam keterangan adik perempuan mangsa yang berjalan dihadapannya.

“Menurut wanita itu apabila mangsa terjatuh, dia melihat ke dalam dan langsung tidak nampak mangsa,” ujar adik perempuan mangsa.

“Setakat ini polis sudah merakam keterangan lima individu terdiri daripada ahli keluarga mangsa,” tambahnya lagi.

TERKINI

Sebanyak dua kali teknik “flushing” digunakan untuk mencari mangsa insiden tanah jerlus tersebut dalam operasi SAR sejak petang ahad.

Bagaimanapun setakat pagi ini, Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala LUmpur (DBKL) memaklumkan bahawa mangsa masih belum di jumpai.

“Pada sebelah malam pula, pasukan Indah Water Konsortium (IWK) telah memulakan ‘flushing’ yang dilaksanakan di lurang kumbahan 5 dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi Isnin.”Pencarian oleh pasukan SAR akan disambung pada pagi Isnin,” ujar DBKL dalam satu kenyataan, pada awal pagi ini.

Pada hari ahad, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang merupakan Datuk Bandar Kuala Lumpur berkata teknik “flushing” bertujuan untuk menyekat aliran air di lurang kumbahan dan setelah air melimpah, sekatan akan dilepaskan untuk menghasilkan arus aliran air yang deras.

Menurut beliau, teknik itu telah dikoordinasikan oleh pasukan Indah Water Konsortium (IWK) bermula di lurang kumbahan lima berhampiran kawasan Agrobank.

Semoga dipermudahkan segala urusan !

SUMBER : KOSMO, ASTRO AWANI

Related Articles

Back to top button