BeritaNasional

Hapuskan pencen bukan nak jejaskan melayu – PM Anwar

IPOH -Kerajaan menafikan tuduhan bahawa pengenalan pengambilan tetap penjawat awam tanpa pencen akan merugikan nasib orang Melayu yang merupakan majoriti dalam sektor tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, menjelaskan bahawa sebaliknya, langkah ini telah diselidik dan dipertimbangkan sejak lama.

Beliau menegaskan perlunya merangka pelan baru yang dapat menggantikan skim sedia ada, bertujuan untuk mengelakkan negara daripada menghadapi risiko muflis dan menimbulkan masalah kepada generasi akan datang.

“… malah sudah puluhan tahun dikaji, kalau tak silap saya 90-an dulu sudah dikaji, tetapi tidak ada tekad politik untuk buat (laksanakan).

Pembangkang cakap hapuskan pencen akan seksa orang Melayu, (dakwa) ini semua cadangan DAP, dan ini yang terus dikemukakan dan tidak berbicara soal fakta kemudian guna agama, tunggang agama,” katanya berucap ketika perasmian penutup pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak di Ipoh, semalam.

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid0316s5fhiDiPorwLwa85JWj3XwcDnZJEVevUpn78nxmCqnNrqWAWKVTHxmxpjpVp5fl?locale=ms_MY

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN Perak, Pengerusi Pakatan Harapan Perak Datuk Seri Mujahid Yusof dan Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), menyatakan bahawa sistem pencen yang sedia ada tidak lagi menjadi amalan di beberapa negara maju.

Beliau menekankan perlunya ahli politik menerima kenyataan bahawa pada masa akan datang, mereka juga tidak akan mendapat pencen, termasuk mereka yang bakal menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

“Jika selepas ini, mereka tidak mahu bertanding PRU (Pilihan Raya Umum) kerana tiada lagi pencen, itu terpulang kepada mereka,”katanya.

Terdahulu, kabinet bersetuju menetapkan syarat pengambilan bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap tidak lagi menerima pencen.

Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan status penjawat awam sedia ada namun bagi penjawat awam lantikan baharu perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam masa sama beliau sekali lagi mengulangi komitmen kerajaan akan menaikkan kadar gaji penjawat awam mengikut kemampuan kerajaan.

“Telah 12 tahun penjawat awam kerja tidak ada penilaian, tidak ada komitmen untuk perbaiki kadar upah dan gaji mereka.

Kita telah putuskan walaupun ada kekangan kewangan perkara ini (naikkan gaji penjawat awam) kita tidak boleh tunggu. Dengan kos sara hidup dan gaji yang tak naik kerajaan tetap ada komitmen tingkatkan kadar upah penjawat awam di negara kita,” katanya.

SUMBER – BERNAMA

Related Articles

Back to top button