Hairul Azreen menarik diri daripada filem arahan Syamsul Yusof selepas urat lutut putus

PELAKON terkenal, Hairul Azreen memaklumkan dia tidak dapat meneruskan penggambaran filem The Original Gangster (The OG) arahan Syamsul Yusof akibat kecederaan parah di kaki.
Lalu Hairul meluahkan rasa sedih dengan penarikan diri akibat kecederaan ligamen lutut kiri (ACL).
“Saya dukacita memaklumkan bahawa saya tidak dapat meneruskan penggambaran THE OG kerana ACL terkoyak di lutut kiri saya,” katanya.
Suami Hanis Zalikha berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram miliknya.
Dalam posting yang sama, Hairul berkongsi foto dan video menunjukkan dia dalam kesakitan ketika menerima rawatan awal di sebelah pengarah filem itu.
Dia turut memuat naik detik-detik ketika menerima rawatan di hospital dan berada di atas kerusi roda.
Justeru, pelakon filem Paskal ini memohon maaf kepada pihak produksi dan rakan-rakan atas kejadian tidak diingini sehingga menyebabkan penggambaran tergendala.
Dia juga berkata mungkin sudah tiba masanya untuk berehat daripada bekerja sehingga kecederaan.
“Maaf kawan-kawan dan pasukan produksi. Sudah tiba masanya untuk saya berehat,” tulisnya.
Susulan itu, ruangan komen Instagram pelakon itu dihujani dengan doa agar cepat sembuh daripada rakan dan peminat.



