Nasional
Hadir ke undangan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat

YB. Dato Seri Rezal Merican memenuhi undangan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat dari sahabat beliau iaitu En Bukhori Ghazali, Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas di kediaman beliau di Kg Paya Keladi Tengah.
“Terima kasih di atas jemputan dan layanan mesra daripada En Bukhori sekeluarga. Meriah sungguh kenduri dan makanan yang dihidangkan sedap-sedap semuanya.”
Dato Seri Rezal Merican juga mendoakan agar ikatan silaturrahim dan muafakat yang telah terjalin ini terus diperkukuhkan dan berkekalan. Insya-Allah.



