Esok merupakan hari hak demokrasi menentukan dan reset hala tuju negara.

19 November 2022, dimana rakyat Malaysia akan mengundi sempena PRU ke-15.
Ini adalah masanya untuk kita sebagai rakyat Malaysia menunaikan hak demokrasi menentukan dan reset kompas hala tuju negara, membentuk kestabilan dan membina kemakmuran bersama buat kita semua.
Kurang daripada 24 jam lagi, dalam kalangan anak muda kita akan mencipta sejarah mereka tersendiri, menjadi pengundi buat pertama kalinya pada PRU-15 ini, membawa satu dimensi baharu dalam landskap politik negara, menjadi antara penentu masa hadapan tanah air tercinta, Malaysia.
Dato’ Sri Reezal Merican mendengar, merasai apa yang dimahukan oleh warga Kepala Batas dan lebih daripada itu, beliau tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan kita semua.
Inilah tekad DSRM. Inilah janji beliau yang dipasak dalam Ikrar Aku Janji saya Demi Kepala Batas.
Hargailah peluang ini, terimalah amanah ini, untuk anak-anak membantu mencorak perjalanan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Undi anda penentu masa depan dan kestabilan negara, jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.
Pilihlah Barisan Nasional yang telah benar-benar terbukti berupaya memberi yang terbaik buat kita dan masa depan rumah kita. Ayuh anak muda, tunaikan kewajipan anda sebagai seorang warganegara dengan berhemah, pilihan ada di tangan anak-anak dan adik-adik!
Semoga dengan tekad ini, Kepala Batas akan terus maju, berdaya huni dan sejahtera.
Demi Kepala Batas.



