Nasional

DSRM menyantuni warga IPD Seberang Perai Utara (SPU) mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat

Sumber: Reezal Merican Naina Merican

DSRM menyantuni warga IPD Seberang Perai Utara (SPU) mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat

Polis dan masyarakat bagai aur dan tebing, yang tak dapat dipisahkan. Malah sering DSRM tekankan betapa peri pentingnya orang awam bekerjasama rapat dengan pihak polis dalam memastikan kesejahteraan komuniti.

Sumber: Reezal Merican Naina Merican

“Ucapan jutaan terima kasih kepada warga IPD SPU atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan selama ini kepada saya selaku Ahli Parlimen Kepala Batas dan semestinyalah Keluarga Kepala Batas secara keseluruhannya.” katanya.

“Dan ribuan terima kasih dizahirkan kepada YDH ACP Mohd Radzi Ahmad, Ketua Polis Daerah SPU; pegawai-pegawai kanan polis dan seluruh warga IPD SPU atas kesudian menjayakan majlis yang diberkati ini.

Juga kepada YB Dato’ Muhamad Yusoff Mohd Noor, Adun Sungai Dua; Dato’ Haji Roslan Saidin, Pengerusi Pengurusan UMNO Bahagian Kepala Batas; YBhg Dato’ Haji Ahmad Darus, Wakil Ahli Parlimen bagi DUN Pinang Tunggal; YBhg Dato’ Haji Shariful Azhar Othman, Wakil Ahli Parlimen bagi DUN Bertam; dan YBhg Ustaz Mohd Naim Haji Salleh, Wakil Ahli Parlimen bagi DUN Penaga yang bersama pada majlis malam ini.”

Related Articles

Back to top button