DSRM Menyantuni Penduduk Bertam Dengar Sendiri Pandangan Dari Komuniti India

Dato’ Seri Reeezal Merican ke Jalan 3, Bertam untuk menyantuni penduduk di situ seterusnya mengambil peluang beramah mesra, mendengar sendiri pandangan dan cadangan dari komuniti India, semalam.
Seiring dengan gagasan Keluarga Malaysia di peringkat persekutuan.
Begitu juga apa yang beliau amal dan pertahankan di Kepala Batas kerana baginya tiada siapa yang tertinggal di belakang.
Untuk Keluarga Kepala Batas khidmatnya untuk seluruh penduduk di situ, ikrar dan iltizam yang beliau akan junjung selama berkhidmat di P041 ini.
Kesempatan pada pertemuan ini, beliau telah zahirkan penghargaan kepada parti komponen dan Friends of Barisan Nasional seperti MIC, IPF dan PPP yang sentiasa berusaha menjulang aspirasi dan kesejahteraan kaum India terutamanya di Kepala Batas ini.




