Nasional
DSRM Melawat Pusat Mengundi Awal PRU ke-15 di IPD Seberang Perai, Kepala Batas

Dato’ Seri Reezal Merican melawat pusat mengundi awal di Dewan Temenggung, IPD Seberang Perai Utara, Kepala Batas bagi meninjau proses pengundian yang berlaku semalam.

Kadar keluar mengundi yang amat memuaskan, malah sekitar jam 11:00 pagi sahaja sudah lebih 65 peratus pengundi menunaikan kewajipan mereka.
“Tahniah kerana melaksanakanan tanggungjawab anda dalam mendukung amalan demokrasi di negara ini!”
“Juga pastinya penghargaan kepada petugas-petugas SPR yang menjalankan tugas cukup baik dalam memastikan proses pengundian hari ini berjalan lancar.”





