Nasional

DSRM Bersama Komuniti Petani Dan Peladang Meraikan Jubli Emas Penubuhan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga

Dato’ Seri Reezal Merican bersama-sama komuniti petani dan peladang meraikan Jubli Emas penubuhan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, semalam.

PPK Penaga kini antara terbaik di seluruh Malaysia kerana berkat sokongan dan dukungan komuniti petani dan peladang di bawah naungan Ybhg Dato’ Ismail Haji Umar selaku Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Penaga.

Seperti yang digariskan di dalam Teras 3, Aku Janji Demi Kepala Batas, program peningkatan ekonomi pesawah padi dan petani akan diperkenalkan supaya taraf hidup komponen penting kepada jaminan makanan ini dipertingkatkan.

ICU juga telah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk menaiktaraf dewan PPK Penaga.

“Saya akan terus berusaha memperkasa komuniti petani dan peladang dan saya mendoakan agar PPK Penaga terus maju, mencipta lebih banyak kejayaan.”

#DemiKepalaBatas

Related Articles

Back to top button