Nasional

De Rantau Bakal Jadikan Malaysia Hab Nomad Digital

DE Rantau merupakan sebuah program yang telah dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan bagi meningkatkan penggunaan digital sekali gus mempromosikan mobiliti professional digital dan pelancongan di seluruh Malaysia.

Tan Sri Annuar Musa, Menteri K-KOMM dalam satu kenyataan bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC),kedua-dua pihak mengatakan program tersebut bertujuan utk memberi
manfaat dan impak positif kepada kedua-dua bakat tempatan dan perantau dari luar negara.

Bagi memastikan kelancaran inisiatif ini, K-KOMM melalui MDEC akan mewujudkan suatu ekosistem yang mantap bagi menyokong gaya hidup nomad digital supaya dapat mendapatkan semula keseimbangan dalam dunia pekerjaan dan kehidupan sosial.

Tambahan lagi, Menteri K-KOMM Annuar Musa berucap dalam Majlis Pelancaran De Rantau, berkata program ini adalah sejajar dengan Malaysia Digital yang mana akan membantu mengukuhkan
laluan Malaysia untuk menjadi hab nomad digital pilihan di rantau Asean.

“Walaupun gaya hidup nomad digital bukanlah sesuatu yang baharu, pandemik yang mempercepatkan trend lebih ramai orang memilih untuk menerima gaya hidup bebas lokasi, didayakan teknologi, membolehkan mereka bekerja dan tinggal di mana-mana sahaja yang diingini,” kata Annuar

MDEC selaku pemacu utama inisiatif ini, akan menyelia pembangunan hab nomad digital dan ekosistem tempatan yang komprehensif bagi menepati gaya hidup nomad digital.

Sehubungan itu, program ini akan dijayakan juga dengan kerjasama pelbagai pemain industri serta kemasukan nomad digital melalui program kesedaran serta kemudahan visa dalam Pas Nomad DE Rantau.

Bagi penggiat industri yang berminat untuk bersama-sama dalam menjayakan program yang baik ini, anda boleh dapatkan Pas Nomad De Rantau yang akan dibuka pada bulan Oktober nanti.

Related Articles

Back to top button