Bom lama 125Kg ditemukan di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sebiji bom lama berat 125 kilogram ditemui di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa semalam.
Penemuan berlaku pada 9.41 pagi ketika pekerja sedang melakukan kerja penggalian longkang di tapak tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, mengesahkan penerimaan panggilan mengenai penemuan tersebut pada 9.50 pagi. Pasukan Pemusnahan Bom segera diarahkan ke tempat kejadian setelah itu.
Mohd Rosdi Daud berkata, “Hasil pemeriksaan menunjukkan bom tersebut adalah jenis Aerial dan beratnya 125 kilogram. Bom berjaya dimusnahkan pada pukul 3.20 petang.
Alhamdulillah, tiada kemalangan atau insiden tidak diingini semasa proses pemusnahan.”tambahnya lagi.
Sebelum ini, pihak media telah melaporkan penghuni Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin (RSKTK) dikejutkan dengan penemuan bom zaman Perang Jepun atau Perang Dunia Kedua.
Secara kebetulan, dua-dua penemuan bom lama tersebut berada di kawasan yang hampir sama iaitu di Kota Bharu, Kelantan. – DI SINI
Bom mortar tersebut ditemukan pada pukul 1 petang ketika kerja-kerja penggalian dan penanaman kabel elektrik dijalankan oleh kontraktor di kawasan RSK.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Said Sidup, mengesahkan penemuan ini.
SUMBER : UTUSAN , MKN Kelantan



