Berita

Malaysia Gesa NAM Gandakan Usaha Henti Kekejaman Israel – Mohamad

KAMPALA – Malaysia terus menyuarakan hak Palestin dan kekejaman Israel kepada dunia dan terbaharu, gesaan itu disuarakan pada Sidang Kemuncak Kesatuan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Ke-19 di Uganda.

Malaysia Gesa NAM Gandakan Usaha Henti Kekejaman Israel - Mohamad

Persidangan yang selesai pada Sabtu itu dihadiri Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin yang mewakili Malaysia ke sidang kemuncak tersebut.

Malaysia Gesa NAM Gandakan Usaha Henti Kekejaman Israel - Mohamad

Dalam ucapannya, beliau menggesa NAM menggandakan usaha untuk menghentikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau juga menyatakan sokongan Malaysia bagi penganjuran persidangan antarabangsa diterajuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan negara Palestin yang merdeka.

Menerusi ucapan sama, Mohamad turut mengingatkan tujuan utama penubuhan NAM adalah membebaskan negara-negara dari cengkaman kolonialisme dan pelbagai bentuk dominasi.

Beliau juga menggesa NAM agar terus mendesak penghapusan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran yang dimiliki beberapa negara.

Sidang Kemuncak NAM Ke-19 menutup tirainya pada Sabtu dengan ucapan penutupan olehj Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Sumber: Astro Awani

Related Articles

Back to top button