Sukan

Bale sertai Pro-Am AT&T Pebble Beach

LONDON: Gareth Bale berkata dia akan menyertai acara Pro-Am kejohanan golf Pebble Beach bulan depan, hanya beberapa minggu selepas bekas bintang Real Madrid dan Wales itu mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Bale, yang menggantung butnya awal bulan ini, akan menyertai beberapa selebriti lain di lapangan terkenal California itu dalam pertandingan bersama pemain-pemain golf profesional dunia.

“Sukacita diumumkan saya akan bermain di Pro-Am AT&T Pebble Beach pada awal bulan depan! Ayuh,” kata Bale.

Bekas penyerang Tottenham itu memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan tiga mahkota La Liga bersama Real, tetapi amat meminati sukan golf yang pada satu ketika membuatkan penyokong Madrid berang.

Ketika tugasan antarabangsa bersama Wales, Bale memuat naik status: “Wales, Golf. Madrid. Mengikut susunan (keutamaan).”

Bale, yang menamatkan karier kelabnya bersama Los Angeles FC, bermain untuk Wales di Piala Dunia Qatar sebelum memutuskan persaraannya.

Kejohanan golf di Pebble Beach yang bermula pada 2 Februari itu akan menampilkan juara Terbuka Amerika Syarikat, Matt Fitzpatrick dan pemain nombor lima dunia, Patrick Cantlay.

Related Articles

Back to top button