Berita

AS Kurangkan Tarif Eksport Malaysia Kepada 19% Berkuat Kuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Amerika Syarikat (AS) secara rasmi mengurangkan tarif timbal balas ke atas eksport Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus berkuat kuasa hari ini, hasil rundingan intensif antara kedua-dua negara sejak Mei lalu.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan itu dimeterai tanpa menjejaskan hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar-dasar penting demi menyokong kestabilan ekonomi serta pertumbuhan sosioekonomi negara.

Rundingan antara Malaysia dan AS bermula pada 6 Mei 2025 dan dimuktamadkan secara rasmi pada 31 Julai 2025. Menurut MITI, kejayaan ini adalah hasil usaha berterusan kedua-dua kerajaan melalui pelbagai platform dua hala, termasuk mesyuarat teknikal, rundingan ekonomi, dan pertemuan pemimpin tertinggi.

Pengurangan tarif ini dijangka memberi impak positif kepada sektor eksport utama Malaysia seperti elektrik dan elektronik, getah, minyak sawit, serta produk halal.

“Keputusan ini mencerminkan tahap saling melengkapi yang tinggi dalam hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-AS yang telah terjalin lebih 60 tahun,” kata MITI, sambil menambah bahawa kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Washington demi manfaat ekonomi jangka panjang

Related Articles

Back to top button