Nasional

Agenda #DemiKepalaBatas : Hari keluarga di Dewan Seri Bertam & Kenduri Keluarga Tani

Agenda #DemiKepalaBatas pada 13 November 2022, dimulakan dengan keceriaan dan gelak tawa bersama warga Permatang Bertam yang menganjurkan hari keluarga di Dewan Seri Bertam pagi ini.

DSRM berasa seronok dapat lihat gelagat anak-anak kecil bermain aktiviti sukaneka, yang dewasa pula melayan permainan karom.

Beliau juga sempat menjenguk warga ibu yang sedang gotong royong menyediakan makanan untuk kenduri nanti.

Alhamdulillah, seronok dapat berkongsi keceriaan dan kegembiraan bersama KELUARGA KEPALA BATAS.

Dari Permatang Bertam, DSRM terus ke Kg Paya Keladi Tengah. Menghadiri Kenduri Keluarga Tani yang cukup meriah di Bengkel Amran tepi bendang.

Di sini, ada yang mengenali beliay sebagai anak kepada ‘Misi Besah’, iaitulah arwah ibunya yang bertugas sebagai jururawat dahulu.

Menurutnya “Gembira dapat luang masa berborak sambil makan-makan dan menikmati permandangan sawah padi. Ruang dan peluang ini saya manfaatkan dengan mendengar dan menghayati segala keperluan KELUARGA KEPALA BATAS yang disampaikan kepada saya.”

#DemiKepalaBatas

#KestabilanDanKemakmuran

Related Articles

Back to top button