KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa untuk mengekalkan kestabilan kerajaan perpaduan dan politik negara, Gerakan Parti Sarawak (GPS) dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan kepada beliau.
Anwar berkata sedemikian sewaktu menghadiri majlis makan malam gala Forum Perniagaan Muslim Global (GBMF) 2023 di Pusat Konvokesyen Borneo di Kuching yang berlangsung pada 28 November 2023, semalam.
Menurut Anwar, sokongan yang diberikan Tan Sri Abang Johari Tun Openg membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah yang lebih memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.
Anwar turut menyatakan bahawa pada waktu awal pementukan Kerajaan Perpaduan, mereka telah menyaksikan dan berdepan dengan pelbagai “pergolakan kecil” diantara mereka namun beliau meluahkan rasa bersyukur kerana kerajaan mereka itu menjadi lebih stabil selepas tempoh setahun.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Dr Ma’ruf Amin selaku Naib Presiden Indonesia dan Anwar meluahkan rasa syukur kerana Malaysia bertuah kerana negara jiran mempunyai penduduk yang bermajoritikan beragama Islam dan mereka memilih untuk bekerjasama sambil melengkapi antara satu sama lain dari pelbagai aspek dan tidak berlaku terlalu agresif dalam persaingan.
Anwar juga menambah bahawa mereka perlu mempercepatkan proses kerjasama antara mereka bagi memastikan negara Islam lebih maju dan jurang pembangunan negara mereka boleh dirapatkan berbanding negara lain yang lebih maju kehadapan.
Keazaman Malaysia juga telah disebut oleh Anwar untuk menerajui pasaran halal antarabangsa, dengan kerajaan mensasarkan nilai eksport sebanyak RM63 Billion menjelang tahun 2025 dan telah dibentangkan kajian pertengahan penggal Rancangan Malaysia ke-12 pada September yang lalu.
Menurutnya, negara Islam boleh menguatkan kerjasama antara mereka untuk mencapai potensi yang lebih besar dalam pasaran halal yang turut diakui pasarannya oleh negara minoriti Islam yang dilawati oleh beliau sama ada di Asia ataupun luar.
UCAPAN TAN SRI ABANG JOHARI TUN OPENG
Abang Johari memulakan ucapan beliau dengan menyatakan negeri Sarawak ingin menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.
Beliau juga menyebut tentang hasrat negeri Sarawak bukan sahaja dalam menyediakan produk dan perkhidmatan halal, malah mereka ingin mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah dan cabaran global seperti contoh perubahan iklim dan juga keterjaminan makanan.
“Kami juga sedang membangunkan ekosistem sendiri bagi mentrasnformasi ekonomi Sarawak yang menawarkan pelaburan dan peluang perniagaan yang luas kepada dunia.” ujarnya.
Abang Johari juga menekankan bahawa fokus utama mereka adalah dengan mengalih aktiviti ekonomi Sarawak ke arah model yang lebih sirkular dan melalui peralihan tenaga.
Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 pada Oktober yang lepas telah dilancarkan dan beliau meletakkan pelan tersebut sebagai satu hala tuju yang penting untuk menguatkan komitmen negeri tersebut dalam memanfaatkan teknologi digital dalam pembangunan.
“Dunia Islam tidak mempunyai pilihan selain mengguna pakai teknologi dalam mengejar kemajuan, justeru itu saya menggesa pemimpin dunia Islam untuk menroka penggunaan teknologi dan menjadi pemain yang mampan.” tambahnya lagi sewaktu berucap semalam.




