Uncategorized

Hun Manet Tegur Media Asing, Pertahan Cadangan Gencatan Senjata PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menegaskan bahawa terdapat laporan kurang tepat daripada beberapa media antarabangsa mengenai rundingan gencatan senjata yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN semasa.

Menurut Hun Manet, cadangan yang dibawa Malaysia itu adalah selari dengan pendirian ASEAN untuk mengutamakan penyelesaian damai serta dialog konstruktif dalam menangani sebarang ketegangan di rantau ini.

“ASEAN sentiasa konsisten dengan pendekatan diplomasi. Cadangan PM Anwar merupakan usaha murni ke arah meredakan konflik dan mencari penyelesaian secara aman,” katanya dalam kenyataan di Phnom Penh hari ini.

Beliau turut mengingatkan media antarabangsa supaya berhati-hati dalam membuat laporan, terutamanya membabitkan rundingan sensitif yang memerlukan ketepatan fakta bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat antarabangsa

Related Articles

Back to top button