Nasional

AkuJanji Demi Kepala Batas pada Jumaat 11 November ❘ 8.00 Malam

Dato’ Seri Reezal Merican mengambil keberkatan penghulu segala hari, iaitu pada Jumaat 11 November 2022, dengan izin Allah S.W.T, dengan penuh rasa rendah diri akan melancarkan Aku Janji Demi Kepala Batas.

Majlis pelancaran akan bermula jam 8 malam bertempat di Wisma UMNO Kepala Batas.

Sebagaimana tawaran Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional untuk Malaysia yang dilancarkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi demi manfaat kepada Keluarga Malaysia keseluruhannya, Aku Janji Demi Kepala Batas ini merupakan tawaran beliau khusus untuk Keluarga Besar Kepala Batas yang dikasihi.

Insya Allah, ini adalah usaha, ikhtiar untuk kita terus membangunkan Kepala Batas, membawa limpahan Kemakmuran dalam Kestabilan.

#DemiKepalaBatas

#KestabilanDanKemakmuran

#UndiBN #PRU15

Related Articles

Back to top button