BeritaNasionalTeknologi

Bahaya Kandungan Ekstremisme: Bahasa Tersirat, Simbol Tersembunyi & Naratif Manipulatif Semakin Sukar Dikesan

KUALA LUMPUR – Kandungan ekstremisme dan hasutan keganasan kini semakin canggih, tersebar melalui simbol tersirat, bahasa berkod serta visual yang diubah suai sehingga sukar dikesan pada peringkat awal.

Menurut taklimat media minggu ini, kumpulan berbahaya menggunakan pendekatan halus untuk mempengaruhi khalayak, memanipulasi emosi dan secara perlahan menormalisasi tindakan ganas. Bahaya ini berlipat ganda apabila mesej disebarkan melalui akaun tanpa identiti atau rangkaian terancang yang mensasarkan individu terdedah.

Fenomena ini selari dengan trend global di mana kumpulan ekstremis mengeksploitasi platform digital untuk propaganda, perekrutan dan membentuk ideologi ganas. Malaysia tidak terkecuali daripada risiko ini, terutama apabila perkongsian merentas platform berlaku dalam masa singkat.

Pakar keselamatan digital menegaskan bahawa pengesanan awal dan moderasi konsisten amat penting bagi membendung impak. Pihak platform juga dilihat perlu memperketatkan kawalan untuk memastikan kandungan berbahaya tidak berkembang menjadi ancaman keselamatan negara.

Related Articles

Back to top button