MCMC Siasat Video Fitnah Tabung Haji, Pelaku Berdepan Denda RM500,000

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan berhubung penyebaran beberapa video berunsur fitnah dan hasutan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) di laman sosial.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata laporan rasmi telah diterima MCMC daripada TH dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Individu yang didapati menyebarkan fitnah terbabit kini sedang dikenal pasti dan tindakan lanjut akan diambil mengikut saluran undang-undang. Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000,” katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menjejaskan reputasi institusi serta menggugat ketenteraman awam



