Berita

Mayat Nidza Afham ditemui di Sungai Klang, keluarga redha dengan pemergiannya

SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan petang semalam di Sungai Klang adalah Muhammad Nidza Afham Mokhtar.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.

“Ya. Mayat ditemui kira-kira jam 7 petang. Dipercayai adalah adik penyanyi yang dilaporkan hilang semalam (Nidza Afham),” kata Dato Hussein Omar selepas dihubungi pihak media semalam.

Seorang ahli keluarganya yakni kakaknya yang bernama Efa Hanie (@efaperfume di platform X) membuat satu hantaran di platform X untuk meminta tolong rakyat Malaysia mencari adiknya.

Mangsa yang merupakan seorang penyanyi berusia 23 tahun itu dilaporkan hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor kira-kira jam 7.45 petang kelmarin dan mula tidak dapat dikesan setelah pukul 11.53 malam pada hari yang sama.

Bagaimanapun dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.

Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.

“Saya Redha walaupun Am (Nidzam Afham) ditemui dalam keadaan tidak bernyawa” – Bapa mangsa

Itulah kata kata luahan dari hati bapa mangsa berikutan penemuan mayat anaknya semalam.

Dia kata akan tekadkan hati walau apa pun berlaku, dan perlu menjadi kuat dan reda walaupun anak lelakinya sudah lagi tidak bernyawa.

Menyifatkan pemergian anak kelima dari tujuh beradik itu memberi kesan yang besar kepada keluarga mereka, kerana mangsa diceritakan sebagai anak yang baik dan sering membantu adik beradiknya.

Bapanya mengatakan lagi bahawa dia menyerahkan urusan yang lain kepada pihak polis.

“Apa yang boleh saya katakan, Am sudah ditemui dan saya serahkan sepenuhnya kepada polis. “Sebagai seorang bapa, saya doakan segala urusan Am dipermudahkan dan kepada mereka yang mendoakan agar Am ditemukan,” ujarnya.

Innalillah. Al-Fatihah.

SUMBER : SINAR HARIAN

Related Articles

Back to top button