Ingatkan kedai makan, rupanya kedai jual batu nisan ?

JENGKA – Sebuah video telah tular dengan menunjukkan netizen tersebut melihat dua tempat berlampu yang dianggap kedai makan, namun kedai kedua jual batu nisan ?
Kedai makan di Malaysia sangat sinonim dengan lampu “liplap” pelbagai warna, betul tak ? Lebih-lebih lagi kedai tomyam yang sering menjadi tempat rakyat Malaysia singgah untuk mengisi perut kerana harga berpatutan dan lampu yang menyerlah.
Namun, netizen tersebut dengan nama (tira.zulkifli) di Tiktok merakam suasana jalan di Jengka yang menunjukkan dua tempat berlampu yang dianggap kedai makan.
Tempat berlampu yang pertama tepat tekaanya bahawa ia adalah sebuah kedai makan, namun tempat kedua menunjukkan lampu yang seolah-olah seperti kedai makan tetapi ia merupakan kedai yang menjual batu nisan.
Selepas melihat komen, kita difahamkan bahawa kedai jual barangan kubur dan batu nisan itu terkenal di kawasan tersebut yakni di Jengka, Pahang.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta dan komen sebanyak 637.
Takut lah nak pergi Jengka lepasni….apa pendapat anda ?
SUMBER : LOBAK MERAH



