Nasional

Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

PUTRAJAYA – Majlis ini berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 1 Mei 2024 bersamaan dengan Hari Pekerja untuk memperingati dan menghargai penat lelah warga pekerja dari seluruh pelosok Malaysia.

Majlis itu dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri lebih dari 3,000 penjawat awam dari pelbagai latar belakang seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia dan jabatan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Ini termasuk kakitangan daripada Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Mahkamah Perusahaan Malaysia dan lain-lain.

Antara tetamu kehormat yang hadir selain Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Untuk info tambahan, tema Hari Pekerja yang digunakan pada tahun 2024 ini ialah ;

“PEKERJA KESUMA BANGSA”

Apa maksud KESUMA ?

  • Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, ia bermaksud bunga, perempuan cantik, dan bangsa pemuda pemudi.
  • KESUMA juga merupakan singkatan kepada Kementerian Sumber Manusia.

TPM Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid bin Hamidi memberi ucapan dalam hantaran Facebooknya ;

“Selamat Hari Pekerja kepada semua! Terima kasih di atas ketabahan dan kesetiaan anda untuk kemakmuran negara Malaysia yang tercinta ini.”

SUMBER : ASTRO AWANI

Related Articles

Back to top button