Berita

3 individu bertopi keledar rompak kedai emas dalam pasar raya

PUTRAJAYA – 3 individu bertopi keledar disyaki merompak sebuah kedai emas didalam pasaraya Kipmall yang berada di Kota Warisan, Sepang, semalam.

Insiden tersebut dipercayai berjaya dirakam oleh orang ramai yang berada di dalam pasar raya, yang kemudiannya tular di media sosial.

Tiga suspek tersebut didakwa memasuki premis dengan memakai topi keledar dan jaket lengan panjang sebelum mengambil masa beberapa minit sebelum melarikan diri.

SUMBER : PAGE FACEBOOK SEPANG VIRAL

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku pada jam 8.15 malam tadi.

Beliau melaporkan, siasatan masih dijalankan dan fakta kes akan diserahkan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Laporan lengkap berkenaan kes itu akan dikongsikan dengan pihak media selepas mendapat kebenaran Ketua Polis Selangor,” katanya.

Sama-sama kita berharap supaya tiga suspek tersebut dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan.

SUMBER : BERITA HARIAN, BULETIN TV3

Related Articles

Back to top button