
KUALA LUMPUR – 5 Januari yang lalu, selepas sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim habis menunaikan solat jumaat di Masjid al-Firdaus di Bandar Baru Selayang, beliau terus bergegas ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarahi Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakannya Sarjana British Profesor Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di IJN.
Bagaimanapun, Anwar menyatakan beliau tidak sempat untuk bertemu dengan Abdul Hadi kerana Presiden PAS tersebut sedang menerima rawatan dialisis yang dilakukan selepas beberapa prosedur kesihatan sewaktu Anwar datang ke IJN.
Ahli Parlimen Marang tersebut sudah berusia genap 76 tahun dan telah berada di IJN untuk pemeriksaan jantungnya sejak 1 Januari yang lepas.
Tambahan lagi, Anwar berpeluang untuk berjumpa Profesor Ziauddin Sardar dan bertanya khabar tentang tahap kesihatannya sewaktu beliau menerima rawatan di IJN.
Ziauddin merupakan seorang penulis pemenang anugerah dan telah dianggap sebagai golongan intelektual yang penting di United Kingdom dan pernah berkhidmat sebagai penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
“Namun doktor memaklumkan, beliau sedang berehat usai menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.”
“Saya juga sempat melawat sahabat saya Profesor Ziauddin Sardar dan berbicara berkaitan tahap kesihatannya.”
“Kita doakan semoga urusan kedua-dua sosok ini dipermudah dan diberikan a’fiat sesegera mungkin oleh Allah SWT.” ujarnya dalam satu hantaran di media sosial rasmi Facebook miliknya.
KEADAAN TERKINI ABDUL HADI AWANG
Dilaporkan semalam, Tan Sir Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan stabil dan anaknya Abdul Hadi Dr Muhammad Khalil menyatakan ayahnya kini dalam pemantauna pihak IJN dan dia menjangka ayahnya akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat merujuk kepada kenyataan doktor yang bertugas.
“(Keadaan Abdul Hadi) Stabil dan dalam pemerhatian IJN. Setelah berbincang dengan IJN, doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat. Insya-allah beliau akan keluar dalam masa terdekat.” ujarnya ketika dihubungi Bernama semalam.





