
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Malaysia telah menerima 2 notis tata tindak dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebagai respons terhadap ketidaksetujuan negara ini untuk menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.
Notis-notis yang dipanggil demarche tersebut diterima oleh Kementerian Luar Malaysia pada 13, 18, dan 30 Oktober lalu.
Malaysia menegaskan pendiriannya bahawa mereka tidak menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas, dan ini adalah alasan utama bagi penerimaan notis tata tindak dari AS. Anwar Ibrahim menekankan bahawa Malaysia akan terus berpegang kepada pendiriannya yang berasaskan prinsip kemanusiaan.
Anwar Ibrahim masih menganggap pencerobohan negara haram Israel ke tanah Palestin tersebut sebagai sesuatu yang salah dari segi undang-undang dan perspektif antarabangsa.
“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa kerana perkara ini sudah berlarutan berdekad sejak 1948,” tambahnya lagi dalam Dewan Rakyat hari ini.
Malaysia, antara 121 negara yang menyokong usaha PBB tempoh hari dalam mencadangkan resolusi damai dan gencatan senjata didalam isu konflik Palestin-Israel.
SUMBER : BERITA HARIAN




