Berita

“Kami bersedia untuk serangan Israel”- Pejuang Hamas

PALESTIN – Berikutan konflik Palestin-Israel yang dikabarkan oleh pegawai Hamas, lebih 2,750 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas wilayah Gaza yang dikepung dan situasi ini menunjukkan ketidakadilan dalam peperangan.

Pejuang Hamas tidak gentar dengan insiden ini dan menunjukkan keberanian mereka terhadap Israel didalam satu kenyataan semalam.

Jurucakap Hamas Abu Obeideh berkata dalam satu kenyataan semalam, “ancaman pencerobohan darat Israel keatas Semenanjung Gaza yang dikepung tidak akan menakutkan mereka, malah kami bersedia untuk serangan tersebut.”

Beliau turut berkata Briged Ezzedine Al-Qassam menahan hampir 200 tawanan orang Israel sejak mereka menyerang besar-besaran di selatan Israel, tambahan lagi dengan 50 tawanan yang ditahan oleh penentang Israel ditempat yang berbeza dengan mereka.

Menurut beliau, mereka akan membebaskan tahanan asing apabila keadaan mengizinkan mereka untuk melepaskan mereka.

Jurucakap tentera dari pihak Israel, Daniel Hagari berkata pada semalam bahawa mereka sudah mengesahkan dan memberitahu 199 keluarga orang Israel yang ditawan di kawasan Gaza.

Lebih dari 1,400 orang terbunuh di Israel selepas pejuang Hamas menyerang mereka pada awal pagi, menurut sumber dari mereka.

Manakala di kawasan Gaza yang dikepung, lebih 2,750 direkodkan terbunuh dan lebih 5,600 yang tercedera dalam serangan Israel keatas pelbagai kawasan Gaza sejak 7 Oktober yang lalu.

Pendudukan haram Israel di tanah Palestin sejak tahun 1948 tidak boleh disangkal lagi.

75 tahun pendudukan Israel di tanah asal Palestin menyebabkan rakyat Palestin tidak mampu menahan sabar lagi.

Jadi, sama sama lah kita bersolidariti dengan Palestin, membantu mereka dari segi doa dan bantuan kewangan semampu kita.

Jika hendak mendermakan sumbangan, kita boleh mencari platform yang sahih untuk menderma seperti AmanPalestin yang tertera dibawah ini.

https://jommenyumbang.com/ms/kempen/bantuan-kecemasan-palestin?fbclid=PAAaarfr7f5j90YlLJY71-_MdNE6iw0RM_AdUIVKFM9nDGa0AkAk5EGKLHTs0

Related Articles

Back to top button