Teknologi

Pengguna Android Kini Boleh Menggunakan Apple Music Classical

Terdahulu apple music hanya terhad kepada pengguna Apple sahaja, tetapi kini diperluaskan dimana aplikasi Apple Music Classical turut ditawarkan untuk pengguna peranti Android baru baru ini.

Apple Music Classical menawarkan pengalaman tersendiri untuk mendengar muzik klasik. Pengguna harus melanggan Apple Music untuk menikmati lagi menggunakan aplikasi itu.

Aplikasi ‌Apple Music‌ Classical menawarkan pelanggan ‌Apple Music‌ akses kepada kira-kira lebih lima juta trek muzik klasik, termasuk keluaran berkualiti tinggi baharu, selain ratusan senarai main pilihan susun, berib album eksklusif dan ciri lain seperti bios komposer.

Aplikasi ini menawarkan interface yang lebih mudah untuk berinteraksi dengan muzik klasik secara khusus. Tidak seperti aplikasi ‌Apple Music‌ sedia ada. Pengguna boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada nota editorial dan penerangan.

Apple menugaskan potret digital beresolusi tinggi komposer terkenal seperti Ludwig van Beethoven, Frédéric Chopin dan Johann Sebastian Bach untuk aplikasi itu, menggunakan palet warna dan rujukan artistik dari zaman klasik yang berkaitan, dengan karya seni yang lebih unik akan ditambah dari semasa ke semasa. Apple bekerjasama dengan artis dan institusi muzik klasik untuk menawarkan kandungan dan rakaman eksklusif.

Muat-turun aplikasi Apple Music Classical kini boleh didapati di  Play Store.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button