Teknologi

Kini Ciri kod QR BigPay Boleh Digunakan Ketika Rentas Sempadan Di Singapura dan Thailand

Pengguna BigPay di Malaysia kini boleh merasai pengalaman yang baru dengan peningkatan kemudahan tanpa tunai apabila melancong ke Singapura dan Thailand menggunakan fungsi pembayaran QR rentas sempadan DuitNow.

Terkini,pengguna BigPay boleh membayar dengan mengimbas kod SGQR dari Singapura NETS atau kod QR Thai daripada PromptPay Thailand.

Menurut BigPay, mereka adalah yang terawal memperkenalkan ciri baru ini dimana tujuan untuk memberi pengalaman pembayaran perjalanan yang lancar kepada pengguna dengan membolehkan pembayaran QR yang mudah dengan kadar pertukaran asing yang kompetitif.

Ia juga berfungsi bersama-sama dengan kad prabayar Visa fizikal BigPay, yang turut membenarkan transaksi di mana-mana perniagaan di seluruh dunia yang menerima Visa atau Visa Paywave.

Untuk membuat pembayaran QR di luar negara, cuma lancarkan aplikasi BigPay, tekan pada tab explore di bahagian bawah skrin dan kemudian tekan pada DuitNow QR.

Anda boleh mengimbas kod QR, memasukkan jumlah, menyemak butiran transaksi termasuk kadar pertukaran dan klik bayar untuk membuat transaksi. Proses pembayaran sama dengan mengimbas mana-mana kod QR DuitNow di Malaysia.

Pengumuman berkaitan pembayaran QR rentas sempadan antara Bank Negara Malaysia dan Bank of Thailand telah dibuat pada tahun 2021 yang lalu.

Pengguna di Thailand boleh mengimbas kod QR DuitNow di Malaysia di bawah fasa pertama. Fasa 2 dijadualkan dilancarkan pada Q4 2022, membolehkan pengguna Malaysia mengimbas kod QR Thai.

Pembayaran QR rentas sempadan rangkaian DuitNow QR Paynet didayakan, pengguna dari Malaysia boleh menggunakan perbankan mudah alih atau aplikasi eWallet mereka sendiri semasa melancong ke luar negara, manakala pelancong dari negara lain boleh menggunakan aplikasi tempatan mereka untuk membayar menggunakan DuitNow QR di Malaysia.

Bank Negara Malaysia secara rasmi mengumumkan hubungan QR rentas sempadan dengan Singapura pada akhir Mac tahun ini, manakala hubungan QR rentas sempadan dengan QRIS QR Indonesia diumumkan awal bulan ini.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button