“Nasi kandar Babi” tular menjadi sensasi hangat bualan netizen

PETALING JAYA – Berikutan video tular “Nasi kandar Babi” di media sosial dimana seorang pempengaruh di media sosial TikTok telah mempromosikan kedai nasi kandar dengan ayat seperti “Malaysia’s First Pork Nasi Kandar” di dalam videonya.
PRESMA menyatakan bahawa mereka berasa kecewa diatas video tersebut yang mempromosikan nasi kandar dan dihidangkan sekali dengan babi.
Datuk Jawahar Ali Taib Khan yang merupakan Presiden PRESMA meluahkan bahawa beliau video pempengaruh dan peniaga tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat.
“PRESMA beranggapan ia akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan serta penggemar nasi kandar di negara ini sekaligus memberikan gambaran negatif kepada menu kesukaan ramai ini.” ujar beliau.
Pada masa yang sama PRESMA juga mengingatkan bahawa pempengaruh dan peniaga lain lebih berhati-hati dalam mencipta kandungan di internet diatas isu-isu sensitif seperti nasi kandar yang sering dikaitkan dengan makanan kaum india muslim/mamak.
PENERANGAN PENIAGA KEDAI PUMBAA’S @ DAMANSARA JAYA
Peniaga kedai Pumbaa’s @ Damansara Jaya, Suresh G menerangkan bahawa kedainya menjual makanan non-halal.
“Saya bukan nak kelirukan sesiapa. Saya hanya berniaga kecil-kecilan di kedai yang memang jelas ‘non halal’.” katanya.
Menurutnya, kedainya sudah beroperasi selama tiga minggu dan dua hari lepas baru peniaga tersebut tersedar artikel dan video tentang kedainya telah tersebar di media sosial dan menjadi bualan netizen.
Gerai yang dibuka olehnya berada dalam kawasan restoran yang memang disediakan untuk masyarakat bukan Islam dan membolehkan Suresh menjual makanan non halal seperti “nasi kandar Babi”.
“Saya ini hanya nak cari makan saja. Saya jual makanan ini memang di kedai Cina dan bukan di kawasan perumahan. Jadi, pelanggan pun memang bukan Islam.” ulasnya.
Menurut kenyataannya menerusi wartawan Harian Metro, Suresh berkata bahawa menu “nasi kandar Babi” yang dihidangkan olehnya merupakan jenama yang digunakan sejak permulaan perniagaannya.
Dia juga beranggapan bahawa tindakannya yang menjual makanan yang sering dikaitkan dengan orang Islam tidak salah membuat sedikit olahan kerana hidangan tersebut banyak dijual di gerai dan restoran non-halal yang lain di Petaling Jaya.
Suresh menambah lagi bahawa logo perniagaannya sudah menunjukkan tanda bahawa makanan yang dijual olehnya merupakan non-halal dan media sosial perniagaannya juga sudah menunjukkan makanan yang dijualnya tidak halal untuk orang Islam makan.
Akhir sekali, dia juga bersedia untuk berjumpa mana-mana persatuan dan kementerian untuk menerangkan situasi yang terjadi kepadanya untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari.
SUMBER : BERITA HARIAN 1, BERITA HARIAN 2





