PM utarakan lima agenda kepada Jokowi di sidang kemuncak ASEAN ke-42
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengutarakan lima agenda semasa mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia Joko Widodo termasuk lawatan rasmi, rundingan tahunan dan sempadan antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang bermula esok selama dua hari, menjemput Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada bulan Jun 2023.
Susulan lawatan rasmi perdana menteri pada 8 dan 9 Januari yang lepas, cadangan tarikh adalah 19 – 20 atau 22 – 23 Jun.
Pertemuan di bandar Manggarai Barat, wilayah Nusa Tenggara Timur itu, Anwar berkata untuk merancakkan hubungan dua hala ,dimana kesediaan Malaysia untuk menyokong pengajuran mesyuarat Suruhanjaya Kerjasama Dua Hala Ke-17 (JCBC) dan rundingan Tahunan ke-14 (AC) akan dihoskan oleh Indonesia.
Tambahan itu,Jokowi telah mendatangani Perjanjian Melintasi Semapadan (BCA) dan Perjanjian Perdagangan Di Sempadan (BTA) semasa lawatan Jokowi ke Malaysia atau semasa Rundingan Tahunan Ke-14 dan Malaysia sedang melengkapkan prosedur-prosedur domestik tersebut.
Perjanjian tersebut telah pun dimuktamadkan dan sedia untuk ditandtangani.
Anwar menjelaskan mengenari pembatasan sempadan Maritim, Malaysia bersedia untuk memuktamadkan draf Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Kawasan Paling Selatan Selat Melaka dan Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Laut Sulawesi termasuk isu’ full breadth of territorial sea’ di 40th Technical Meeting on Maritime Boundaries Delimitation’ yang dijangka akan diadakan tahun ini.
Malaysia juga turut bersedia untuk mendatangani unutk sempadan darat dimana kedua-dua memorandum persefahaman (MoU) Pulau Sebatik dan Sinapad-Sesai di Sektor Sabah-Kalimantan secara pakej thaun 2024 setelah kerja-kerja pengukuran di lapangan dan dokumentasi selesai.
Dalam pertemuan 30 minit itu, Anwar turut menekankan keperluan kedua-dua agar mematuhi pelaksanaan MoU Garis Panduan Bersama untuk menjaga kemaslahatan dan keselamatan nelayan di kawasan yang masih dipertikaikan di Selat Melaka itu. Perkara tersebut terkandung di dalam MoU In Respect Of The Common Guidelines Concerning Treatment Of FIsherman by Maritime Law Enforcement Agencies of Indonesia dan Malaysia yang dimetrai pada 27 Januari 2012.



