Uncategorized
PM Anwar Terpaksa Batal Lawatan ke Pahang Akibat Sakit Belakang

PUTRAJAYA, 2 November 2025 — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini selepas dinasihatkan oleh pasukan perubatan untuk berehat akibat masalah sakit belakang.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), pembatalan pada saat akhir itu dibuat selepas doktor mengesahkan keadaan kesihatan beliau memerlukan rehat mencukupi bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.
“Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi,” kata kenyataan itu.
PMO dalam masa sama memaklumkan Perdana Menteri memohon maaf kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau bagi siri lawatan kerja berkenaan.
Lawatan tersebut dijangka membabitkan beberapa program rasmi kerajaan dan pertemuan dengan pemimpin tempatan.
Kenyataan itu turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan semua pihak serta memohon doa agar Perdana Menteri segera pulih dan kembali meneruskan tugas seperti biasa.