Sukan

Sukan Asia: Badminton Perseorangan Lelaki, Lee Zii Jia Mara Ke Suku Akhir

Jaguh badminton perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia lolos mudah ke peringkat suku akhir dalam acara badminton individu di temasya Sukan Asia 2022 selepas berjaya mengalahkan juara Kejohanan Dunia BWF 2023, Kunlavut Vitidsarn di peringkat R16.

Dalam pertarungan awal antara kedua atlet badminton itu, Zii Jia terlebih dahulu tumpas di tangan Kunlavut pada set pertama dengan skor 10-21.

Namun begitu, Zii Jia yang kini berada di kedudukan ke-16 dunia berjaya bangkit mengejar pada set kedua dan memenanginya dengan skor 21-19, sekaligus mengheret permainan ke set penentuan untuk mara ke peringkat suku akhir.

Pada set ketiga, Zii Jia mengekalkan persembahannya dan ianya tidak dapat dikekang langsung oleh Kunlavut bilamana dia terpaksa akur tewas dengan skor 21-6.

Sebagai rekod, ini ini merupakan kemenangan keempat Zii Jia daripada tujuh pertemuan “head-to-head” dengan Kunlavut di pentas antarabangsa.

Di perlawanan pada peringkat suku akhir yang akan berlangsung hari ini, Zii Jia akan turun berentap menentang perseorangan India yang berada di kedudukan ketujuh dunia, Prannoy Haseena Sunil Kumar untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Prannoy yang juga muncul sebagai juara Malaysia Masters 2023 mara ke peringkat suku akhir Sukan Asia setelah menundukkan pemain Kazakhstan, Dmitry Panarin secara “straight set” menerusi skor 21-12 dan 21-13. 

Sumber: Sukanz

Saksikan skor aksi badminton secara langsung menerusi link berikut:

https://www.flashscore.com.my/badminton/

Related Articles

Back to top button