BeritaNasional

Seni dan budaya islam perlu diperkasa dibawah konsep Malaysia Madani – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perlunya terus mengembangkan karya seni dan budaya Islam di bawah konsep Malaysia Madani.

Beliau menyatakan bahawa konsep Madani tidak hanya berkaitan dengan pembangunan ekonomi, tetapi juga dengan perkembangan seni dan budaya Islam, yang menjadi salah satu pilar utama dalam kebangkitan di rantau ini.

Anwar berharap agar rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, dapat memanfaatkan sepenuhnya Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), yang memamerkan sejarah seni dan kebudayaan Islam.

  • Islam
  • seni
  • seni
  • seni

“Saya zahirkan ucapan tahniah atas usaha murni IAMM/MKIM selama 25 tahun dalam memelihara dan menjulang budaya, sejarah serta warisan Islam yang tercetus daripada keghairahan dan minat mendalam terhadap seni dan budaya, serta hasrat menonjolkan keindahan Islam melalui lukisan, ukiran, khat dan seni budaya termasuk dari rantau alam Melayu.” ujar Anwar dalam hantarannya di Facebook miliknya, memberikan ucapan tahniah kepada muzium tersebut kerana memelihara budaya dan seni Islam di Malaysia.

Beliau juga merayu kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, untuk lebih menghebahkan MKIM agar menjadi tarikan utama.

“Sebagai bahagian dari usaha merangsang minat terhadap seni dan budaya Islam, saya berharap agar MKIM dapat diberikan perhatian lebih besar,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Pameran “Perjalanan Menelusuri Seni Islam” dan “Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim” di MKIM, malam semalam.

Dalam sambutannya mengenai ulang tahun ke-25 MKIM, Anwar memberikan ucapan tahniah atas pencapaian tersebut dan mengapresiasi usaha muzium, termasuk sumbangan Yayasan Albukhary dalam memajukan seni Islam di Malaysia.

Beliau menyoroti pentingnya merekodkan dan menyimpan pengetahuan mengenai kebudayaan Islam, baik bagi orang Islam maupun mereka dari agama lain.

Diakhir majlis, Anwar sempat untuk menandatangani Perjanjian Pra-Kontrak (HOA) Cadangan Usahasama di antara Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Global Infrastructure Management, LLC (GIP).

SUMBER : BERNAMA, AST

Related Articles

Back to top button