LRT tidak beroperasi. Rakyat Malaysia harus utamakan keselamatan, ada yang ambil kesempatan

LRT tidak beroperasi dari 9 – 15 November. Trending di Twitter #LRTDOWN dan rakyat Malaysia amat prihatin kerana menawarkan ‘carpool’ tetapi harus utamakan keselamatan kerana pasti ada yang ambil kesempatan. Inisiatif ini memang bagus kerana rakyat Malaysia sangat prihatin dan saling membantu satu sama lain.








Tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati kerana terdapat segilintir yang ambil kesempatan untuk melakukan jenayah. Utamakan keselamatan dan disarankan untuk tumpang orang yang dikenali.
Satu insiden meragut akibat gangguan LRT telah pun terjadi. Menurut seorang pengguna Twitter @soph_jes, dia menyatakan bahawa dia telah dirompak dihadapan Condo Desa Putera berdekatan dengan LRT Sri Rampai sementara menunggu bapanya mengambil dan menghantar ke pejabat. Katanya, peragut itu telah menetak belakangnya lalu mengambil beg dan komputer riba kepunyaan syarikat.

Semoga pengguna LRT yang terkesan dengan gangguan LRT supaya kekal selamat!



