Nasional

Lebih 300 Peluang Pekerjaan Baru Untuk Anak Kepala Batas

Dato’ Sri Reezal Merican telah mengadakan lawatan tapak Bertam Resort and Water Park yang kini sudah hampir siap dibina di Bandar Bertam, Kepala Batas.

Apabila siap Taman tema ini akan menjadi mercu tanda baharu bukan sahaja di Kepala Batas dan Pulau Pinang, bahkan untuk seluruh wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

Sudah menjadi harapan beliau agar Keluarga Kepala Batas tidak ketinggalan untuk menikmati kemudahan dan hiburan seisi keluarga bertaraf antarabangsa.

Lebih penting lagi, Taman Tema ini membuka 300 peluang pekerjaan dengan keutamaan kepada anak-anak dan Keluarga Kepala Batas. Ini selari dengan visinya untuk menjadikan Kepala Batas sebuah parlimen yang amat berdaya huni pada masa sama berupaya menawarkan pekerjaan yang baik kepada warganya.

Menurutnya, lebih banyak pembangunan, kemajuan akan kita bawa di Kepala Batas ini yang pastinya dilakukan secara terancang dan inklusif bagi memastikan tidak lain hasilnya boleh dinikmati seluruh Keluarga Kepala Batas.

#DemiKepalaBatas

Related Articles

Back to top button