KEJAYAAN SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47 CETUS RASA BANGGA RAKYAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 31 Okt:
Kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini nyata meninggalkan kesan positif bukan sahaja kepada hubungan diplomatik serantau, malah turut mencetus gelombang kebanggaan rakyat di media sosial.
Warganet memenuhi ruangan komen dengan kata-kata semangat dan penghargaan terhadap peranan aktif Malaysia yang dilihat semakin dihormati di peringkat antarabangsa.
Ramai turut berkongsi rasa bangga apabila negara menjadi tuan rumah kepada sidang penting yang menyatukan pemimpin Asia Tenggara bagi membincangkan hala tuju ekonomi, keselamatan dan perpaduan serantau.
Sidang Kemuncak yang berlangsung di Kuala Lumpur itu turut memperlihatkan komitmen Malaysia dalam membawa suara ASEAN ke pentas global dengan pendekatan diplomasi matang dan berprinsip.



