Nasional

KBS Salur Peruntukan Khas Bagi Pembangunan Belia Dan Sukan NGO

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju untuk memberikan peruntukan bagi sebarang aktiviti melibatkan pembangunan belia dan sukan kepada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, inisiatif itu merupakan salah satu komitmen KBS adalah menjalinkan kerjasama strategik dan menyokong pemegang taruh terutamanya melibatkan pemerkasaan belia dan sukan.

“Sehingga 2 Mei, sebanyak 32 permohonan melibatkan peruntukan sebanyak RM880,050

“Saya dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli bersetuju untuk menyenaraikan kelulusan yang diberikan dibawah peruntukan dibawah Menteri dan Timbalan Menteri. Jadi setiap menteri dan timbalan menteri mempunyai peruntukan,” katanya ketika sesi sidang media pada Selasa.

Menurut Hannah, segala hebahan dan butiran mengenai peruntukan telah dipaparkan di laman sesawang kementerian sekali gus menunjukkan KBS komited dalam segala tadbir urusnya

“Untuk itu KBS akan melancarkan laman sesawang khusus yang boleh diakses menerusi portal KBS.gov.my bagi mendapatkan senarai pemberian bantuan yang diluluskan oleh KBS yang boleh diakses mulai hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, laman sesawang khas diwujudkan oleh kakitangan KBS tanpa sebarang perbelanjaan bagi menyokong pendigitalan di sektor awam bagi memangkin pengurusan data yang lebih sistematik.

Related Articles

Back to top button