Sukan

Harimau Malaya “tumbang” sekali lagi, Pan-Gon akui kesalahan sendiri – Piala Asia 2023

DOHA – Pada hari sabtu yang lalu, kita dapat menyaksikan Harimau Malaya sekali lagi “tumbang” dalam pentas Piala Asia, kali ini ditangan pasukan negara Bahrain dengan keputusan 1 berbalas 0 di Stadium Jassim bin Hamad dalam perlawanan kedua Kumpulan E untuk Malaysia.  

Akibat dikritik corak permainan dan formasi sewaktu menentang Jordan pada tempoh hari, empat perubahan telah dilakukan dalam kesebelasan utama dan formasi 5-4-1 yang digunakan oleh jurulatih berbangsa Korea itu menampakkan perubahan dan kemajuan pada skuad Malaysia.

Skuad Malaysia menunjukkan kawalan bola yang lebih bagus pada separuh masa pertama dan rembatan Arif Aiman hampir bolos ke dalam gawang gol Bahrain namun diselamatkan oleh penjaga gol Bahrain, Ebrahim Lutfalla.

Permainan diteruskan dalam keadaan stabil antara kedua-dua pihak, dan apabila separuh masa kedua bermula, pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Syamer Kutty telah digantikan oleh Natxo Insa kerana risau Syamer sudah mendapat satu kad kuning.

Perubahan itu menyebabkan tempo permainan berjalan dengan lebih perlahan, dan skuad Malaysia bermain dengan lebih defensif, dimana kita melihat pemain pertahanan Malaysia disiplin dalam mengeluarkan bola untuk menghalang pasukan Bahrain untuk maju kehadapan.

Walau bagaimanapun, gawang gol Malaysia akhirnya bolos juga pada masa kecederaan, dihasilkan oleh sepakan sudut pasukan Bahrain dan dijaringkan oleh rembatan Ali Madan yang berjaya menewaskan penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/pfbid0ex6Ut6KX21aTQV7p8cLr7Jvfcyg3AVv7MAc2mu2ZghxtE7rGKYEsZJQGTt15Yf2ml?locale=ms_MY

Kim Pan-Gon mengakui kesalahan sendiri

Dalam satu kenyataan sidang media selepas Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Bahrain, jurulatih skuad Malaysia Kim Pan Gon mengaku kesalahannya sendiri dan tidak menyalahkan sesiapa termasuklah pemain skuad kebangsaan atas kekalahan tersebut.

Sebaliknya, Pan-Gon menyalahkan dirinya keranan memberi harapan terlalu tinggi untuk skuad Harimau Malaya.

Beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa sahaja keputusan yang diraih skuad negara sepanjang kejohanan itu yang sedang berlangsung di Qatar.

“Tiada apa yang salah, inilah (tahap) di mana kami berada. Mungkin jurulatih salah, saya memiliki harapan yang sangat tinggi. Saya berikan impian terlalu tinggi. Mungkin saya beri harapan terlampau tinggi kepada orang ramai dan pemain, mungkin silap saya.

“Sebagai jurulatih, ini masalah saya. Bukan daripada pemain, bukan daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), bukan daripada orang ramai. Jadi ini semua masalah jurulatih,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Keputusan yang menyedihkan itu menyaksikan pasukan negara kita secara rasmi sudah tersingkir di peringkat kumpulan, walaupun masih ada satu perlawanan terakhir menentang Korea Selatan di Stadium Janoub pada hari Khamis ini.

Malaysia, yang mengalami kekalahan 0-4 kepada Jordan dalam perlawanan pertama pada hari Selasa lepas, kini menduduki tangga terbawah tanpa meraih sebarang mata atau mencipta sebarang gol.

SUMBER : BERITA HARIAN 1, BERITA HARIAN 2, F

Related Articles

Back to top button