Hira FA Cemerlang di Thailand International Youth Cup 2022

Pada 3 dan 4 Disember lepas, Pasukan Hira FA telah menyertai kejohanan Thailand International Youth Cup yang telah berlangsung di Rugby International School, Pattaya. Hira FA telah menghantar empat pasukan yang terdiri daripada peringkat bawah 7 tahun (U7), bawah 8 tahun (U8), bawah 11 tahun (U11) dan bawah 12 tahun (U12).
Pasukan Hira FA U7 telah berjaya ke peringkat akhir bertemu dengan SouthernBoy X Wig dari Thailand namun tewas dengan keputusan 0-5. Pasukan U7 telah menunjukkan prestasi yang sangat bagus dengan keputusan memperolehi 6 kemenangan 1 kalah di peringkat kumpulan untuk mengumpul mata layak ke peringkat separuh akhir seterusnya layak ke peringkat akhir setelah menewaskan Pangthong Academy di peringkat separuh akhir.
Sementara itu pasukan Hira FA U8 menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam kejohanan ini. Pasukan U8 tewas dengan Galaxy FC dengan keputasan 2-0 di peringkat separuh akhir kategori Plate.
Pasukan Hira FA U11 juga mempamerkan aksi yang terbaik pada kejohanan kali ini. Pasukan U11 layak peringkat kelayakan kategori Cup namum tewas tipis 0-1 kepada Laos. Di peringkat kumpulan, Hira FA U11 telah memperoleh 1 menang, 1 seri dan 3 kalah.
Pasukan Senior Hira FA U12 berjaya ke peringkat kelayakan kategori Cup namum tewas 1-3 dengan Pasukan Turf City. Pasukan U12 cemerlang di peringkat kumpulan dengan memperoleh 3 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah untuk melayakkan ke peringkat kelayakan.
Kejohanan kali ini para pemain telah menunjukkan semangat dan kerjasama kumpulan yang tinggi menghadapi asakan pihak lawan. Latihan setiap minggu sebelum kejohanan telah memberi pendedahan yang cukup kepada para pemain untuk menghadapi kejohanan antarabangsa seperti ini.
Menurut Ketua Jurulatih Hira FA Muhammad Al-Fateh, pendedahan kepada kejohanan luar musim seperti ini sangat diperlukan untuk memberi pendedahan kepada para pemain untuk lebih cemerlang di kejohanan yang akan datang. Menurut beliau lagi, Hira FA akan terus menyertai kejohanan lagi pada masa yang akan datang. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan jurulatih, para pemain, ibu bapa yang telah menyertai kejohanan pada kali ini.
Hira FA akan terus komited melahirkan pemain di peringkat akar umbi di Malaysia.
Syabas Hira FA!



