Nasional

Peruntukan awal sebanyak RM30 juta naik taraf jalan yang menghubungkan Gerik-Jeli

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM30 juta untuk kerja naik taraf Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli.

Datuk Seri Alexder Nanta Linggi berkata, peruntukan itu sebanyak RM7.4 juta setakat ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan laluan.

“Kami merancang juga akan pergi melawat di sebelah sana tapi semua itu telah dibincangkan, di peringkat Kementerian kita akan bagi peruntukan khas mungkin RM30 juta untuk peringkat awal untuk belanja di sana, untuk naik taraf atau buat kerja-kerja sepatutnya di jalan Gerik. Sebab kita ada peruntukan tambahan sikit tahun ini, jadi kita boleh gunakan,” katanya.

Selepas meninjau kawasan sekolah berbahaya di Jalan Bidor. Menurutnya, KKR sentiasa peka dengan isu yang sering dibangkutkan pengguna dan kerajaan negeri berkenaan laluan yang uzur dalam lingkungan lebih 40 tahun.

Katanya lagi, KKR akan terus berusaha memberikan kerjasama dan perkhidmatan yang terbaik dalam menyediakan kemudahan infrastruktur yang selamat dan selesa untuk rakyat Malaysia.

Related Articles

Back to top button