Kerap sekali kita dengar mesej palsu tentang inisiatif bantuan kerajaan, memenangi pertandingan dan sebagainya. Terdapat pihak yang cuba mengeksploitasi peluang untuk melakukan penipuan sempena PRU-15 akan datang.
Hal ini kerana, terbaharu, Polis Diraja Malaysia mengeluarkan amaran mengenai penipuan yang tular yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional menawarkan bantuan RM500 melalui TNG eWallet. Komunikasi yang diterima hanyalah perangkap dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Orang ramai diberi amaran oleh Touch n Go eWallet supaya berhati-hati dengan mesej SMS palsu yang dikatakan daripada kerajaan BN dan menawarkan bantuan dengan e-dompet.
Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membaca mesej daripada sumber yang tidak boleh dipercayai. Sebarang pautan yang disediakan sebenarnya sangat bahaya untuk diklik kerana ia sering mengarahkan punca utama akaun bank digodam secara terus dan sebagainya.
TNG eWallet memberi amaran kepada pengguna bahawa tiada SMS akan dihantar bersama dengan pautan. Untuk mengetahui sama ada SMS yang anda terima adalah benar, sila PM pihak TNG eWallet. Mereka berbesar hati untuk mengesahkan SMS bagi pihak anda.
