Portal Hello

‘Turun Anwar’ Sekadar Gimik, Era Madani Buktikan Demokrasi Sebenar

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dianjurkan pembangkang semalam tidak lebih daripada gimik politik, malah menjadi bukti kekuatan demokrasi di bawah Kerajaan Madani.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Adam Adli menegaskan, era politik sempit dan kekerasan telah berakhir. “Kerajaan hari ini tidak gentar dengan suara berbeza. Sebaliknya, ia membuktikan kematangan demokrasi kerana himpunan itu dibenarkan berlangsung secara aman tanpa gangguan,” katanya.

Beliau menyindir pembangkang yang dilihat ketandusan idea serta gagal menampilkan dasar alternatif yang meyakinkan. “Mereka hanya bermain persepsi dan menyerang personaliti kerana tidak mampu bersaing dari segi dasar,” ujarnya.

Adam turut mengingatkan bahawa rakyat kini lebih tertarik dengan usaha kerajaan menyelesaikan isu kos sara hidup dan memacu pertumbuhan ekonomi daripada retorik kosong politik jalanan.

“Kerajaan Madani terus fokus kepada kerja, bukan drama. Rakyat lebih melihat siapa yang benar-benar membantu mereka, bukan sekadar membuat bising di jalanan,” katanya.

Exit mobile version