Portal Hello

‘Turun Anwar’ Kantoi – Rakyat Tak Layan Politik Murahan

KUALA LUMPUR – Himpunan ‘Turun Anwar’ semalam boleh disifatkan sebagai epic fail apabila jumlah peserta yang hadir boleh dibilang dengan jari – jauh panggang dari api berbanding sasaran penganjur.

Rakyat jelas menolak politik ketinggalan zaman yang hanya tahu menjerit di jalanan, sedangkan kerajaan hari ini sedang bekerja keras membantu rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk insentif tunai RM100 dan pengukuhan ekonomi.

“Yang datang himpunan itu hanya geng ‘keyboard warrior’ yang selama ini bising di media sosial. Rakyat majoriti sudah muak dengan politik drama,” kata seorang pemerhati.

Himpunan ini membuktikan suara jalanan tidak lagi laku. Rakyat lebih percaya kepada tindakan kerajaan Madani di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jelas fokus kepada kerja, bukan gimik politik.

“Turun Anwar? Yang turun cuma kehadiran penonton!” ujar seorang netizen di platform X sambil mengejek kegagalan himpunan tersebut

Exit mobile version