KUALA LUMPUR – Satu lagi kejadian tanah mendap dilihat telah berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini hari ini.
Kejadian tanah mendap itu dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi tadi selepas hujan lebat dan ribut pada malam tadi.
Bagaimanapun, tinjauan di lokasi mendapati kawasan itu telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Orang awam juga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan.
Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di situ dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah memasuki hari keenam pada hari ini.
SUMBER: BERNAMA
